Mulakan Hari-hari yang mendatang dengan senyuman dan hati yang bersih..

34 minggu

Alhamdulillah minggu ni aku menghampiri ke 34 minggu..Ada lagi 6 minggu untuk tunggu kelahiran sulung kami..(ku dan my sayang)Ku panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada yang Maha Esa kerana memanjangkan usia kandunganku dan semoga bayiku selamat dilahirkan nanti..Ya allah ya tuhanku, ku doakan agar bayi yang ku kandungkan ini akan selamat dilahirkan,sempurna fizikal,cukup sifat dan akal fikiran nya dan sentiasa sihat..ya allah ya tuhan ku,aku doakan semoga bayi yang ku kandungkan ini akan menjadi anak yang soleh dan solehah..Ya allah ya tuhanku, ku doakan semoga bayi yang ku kandungkan ini akan menjadi anak yang cerdik pandai,bijak akal fikirannya,fasih lidahnya untuk membaca al-quran dan hadis dengan berkat nabi muhammad s.a.w.. Ya allah ya tuhanku, aku doakan bayi yang ku kandungkan dan bakal dilahirkan nanti akan manjadi anak yang berguna,taat kepada kedua orang tuanya, kepada masyarakat,agama dan bangsa..Insyaallah..Amin.


Mama n Papa sentiasa mendoakan kesejahteraan mu dan bersabar menanti kelahiranmu... :)