Mulakan Hari-hari yang mendatang dengan senyuman dan hati yang bersih..

Tilam penentu kualiti tidur..??

Petikan diambil dari utusan malaysia 2/3/2009

PERCAYAKAH bahawa kita menghabiskan sepertiga daripada hidup kita di atas tilam (tidur). Bagaimanapun, adakah kita mendapat tidur yang secukupnya?

Mungkin ramai mengatakan mereka tidak mendapat tidur yang nyenyak, sering terjaga di tengah malam, bangun pagi dengan mengalami sakit belakang dan sakit leher serta pelbagai lagi masalah.

Tidak cukup tidur akan membuatkan badan kita lesu, wajah letih, mata kuyu dan mudah marah.

Apabila anda tidur dengan nyenyak, anda akan bangun pagi dengan segar dan bersedia untuk memulakan aktiviti hari itu. Tidur yang cukup amat penting kepada kesihatan. Anda dan keluarga anda berhak mendapat tidur yang berkualiti.

Tidur sememangnya diperlukan oleh sesiapa sahaja yang sedang berada dalam keadaan penat dan letih. Namun untuk mendapatkan tidur yang berkualiti adalah sukar.

Mungkin salah satu daripada perkara yang mengganggu tidur anda adalah tilam anda. Tilam yang lembut dan luas belum tentu dapat membuat anda tidur nyenyak hingga ke pagi.

"Memilih tilam yang selesa dan baik untuk kesihatan bukanlah sesuatu yang mudah. Membeli tilam bukan seperti membeli perabot, tengok, berkenan dan terus beli,'' kata Pengurus Pemasaran Bedding Solutions, Teh Lay Yong semasa ditemui di Eclipse, Bangsar baru-baru ini.

Lay Yong menambah, apabila hendak membeli tilam, adalah penting bagi seseorang itu mencuba beberapa pergerakan di atas tilam. Sebab itulah kedai Eclipse dibuat seakan-akan klinik tidur supaya pelanggan selesa apabila berada di situ.

"Duduk sahaja di atas tilam tidak mencukupi sebaliknya anda harus berbaring, terlentang, mengiring, menangkup dan sebagainya mengikut cara sebenar anda tidur.

"Kebanyakan pelanggan yang datang hendak membeli atau melihat-lihat dahulu tilam cuma duduk beberapa minit atau memicit-micit tilam. Cara ini adalah salah apabila anda memilih tilam,'' ujarnya.

Tambahnya, apabila anda berbaring di atas tilam, semua poin tekanan yang berada di dalam tilam akan bergerak bagi menampung berat badan anda. Tilam yang baik dan selesa adalah tilam yang tidak membuat badan anda sakit dengan tekanan tersebut.

Tekanan semasa berbaring dan duduk adalah berbeza. Kadang-kadang anda berasa tilam tersebut lembut semasa duduk tetapi keras semasa berbaring.

Katanya, bagi pasangan suami isteri atau mereka yang akan mendirikan rumahtangga dan ingin membeli tilam, sebaik-baiknya datang berdua semasa memilih tilam.

Sementara itu, Eclipse merupakan tilam jenama Amerika yang satu-satunya mendapat pengesahan Congress of Chiropractic State Associations di Amerika, wakil pertubuhan kiropraktik yang terbesar di dunia.

Eclipse telah diasaskan pada tahun 1905 di Brooklyn, New York dan berkembang sehingga ke hari ini sebagai nama terunggul dalam industri tilam. Syarikat ini kini memiliki lebih 200 paten dan jenama tilam eksklusif.

Dalam setiap sistem tilam Eclipse, terdapat Spinal Zone Sleep Technology yang dipaten secara eksklusif yang menurut kajian mampu memperbaiki kualiti tidur seseorang.

"Sistem Sokongan Perimeter LifEdge menyokong bahagian tepi tilam dan tidak akan mengganggu tidur walaupun anda tidur hingga ke tepi tilam'' ujar Lay Yong.



***Jadi apa tunggu lagi..pada kawan-kawan@siapa2 yang nak berkahwin tu..ikutlah pehtua cara membeli tilam yang betul..nanti pas kawin tak de lah sakit2 badan malam tu..hihihi..***

No comments: