Mulakan Hari-hari yang mendatang dengan senyuman dan hati yang bersih..

Belajar Nak Kuruskan Badan..Guane??Jom Lihat

Hari ini hakak nakbelajar n hajar engkorang tentang masalah kesihatan iaitu masalah kegemukan berlebihan. Masalah kegemukan berlebihan selalu terjadi kepada kita yang tak mengambil berat dengan masalah kesihatan dan berlaku tidak kira kepada lelaki, wanita, tua atau muda malah ada dikalangan kanak-kanak lagi sudah mempunyai masalah kegemukan.

Antara sebabnya ialah kurangnya pengetahuan tentang pengambilan makanan berkalori tinggi dan berlemak yang merupakan penyumbang utama masalah tersebut. Macam hakak ni lar kans..harus jugak lar mempelajarinya...sape tak nak kuwus weyyy...

Di bawah merupakan tips mengurangkan berat badan yang patut diamalkan oleh kita semua.

10 Tips Mengurangkan Berat Badan

1. Elakkan/kurangkan pengambilan makanan berlemak tinggi seperti ayam goreng, nasi
goreng, lemak tepu tinggi seperti susu sejat , santan kelapa dan susu cair.

2. Elakkan/kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti kek, desert, coklat dan ais krim.

3. Jangan ,minum sebelum habis makan.

4. Elakkan pengambilan minuman bergas.

5. Kurangkan memakan makanan berminyak.

6. Elakkan makan makanan ringan.

7. Makan makanan berfiber seperti produk bijirin terutama oat, buah-buahan dan sayuran.

8. Pengambilan makanan secara berkala dan teratur.

9. Perbanyakkan pengambilan makanan yang direbus.

10. Selalu bersenam untuk menghilangkan lemak tepu di badan.

Badan sihat otak cergas...:-D

p/s: badan ringan bukan hotak korang je cargas..ektibiti malam pun jadik cargas juger ape...wakakaka...selamat mencoba ye !

No comments: