Mulakan Hari-hari yang mendatang dengan senyuman dan hati yang bersih..

Perkongsian Bersama

Waba galak susuan ibu
Oleh Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my

GEORGETOWN: World Alliance of Breastfeeding Action (Waba), bercadang membuka ibu pejabatnya di Pulau Pinang bagi memberi kemudahan kepada orang ramai terutama ibu dan bakal ibu bekerjaya mendapatkan maklumat mengenai penyusuan bayi.

Pengerusi Waba, Prof Datuk Anwar Fazal berkata, cadangan itu dibuat selepas melihat perkembangan dan penerimaan positif masyarakat negeri itu melalui aktiviti yang dijalankan Waba iaitu program Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2011 di Sri Tanjung, baru-baru ini.


Anwar berkata, ibu pejabat itu bukan saja berfungsi sebagai penyebaran maklumat penyusuan ibu kepada bayi, malah aktiviti seperti demonstrasi penyusuan ibu juga boleh diadakan.

“Kami berbincang dengan beberapa pihak serta sudah menerima maklum balas positif dan masih menunggu langkah seterusnya. “Kami berharap program ini menjadi titik permulaan kepada semua ibu dan bakal ibu di negeri ini memandangkan ia sudah diadakan sejak lebih lima tahun lalu di seluruh negeri,” katanya ketika berucap dalam majlis yang disertai kira-kira 200 ibu dan bakal ibu, baru-baru ini.


Program yang mendapat kerjasama Badan Sokongan Ibu dan Rakan Sebaya (MMPS) dan Pertubuhan Wanita Mutiara Pulau Pinang itu turut mengadakan aktiviti demonstrasi Satu Minit Menyusu yang disertai lebih 30 orang ibu dan bayi mereka Dirasmikan Presiden Pertubuhan Wanita Mutiara, Betty Chew, antara aktiviti yang dijalankan ialah persembahan dari Pusat Penggayaan Kanak-Kanak Koala, persembahan kanak-kanak dari MMPS dan Waba serta beberapa permainan interaktif bersama bayi dan kuiz kepada ibu bapa.


Peserta, Fazirah Alia Abdullah, 30, berkata, program berkenaan dapat memberi pengalaman dan maklumat kepada wanita sepertinya yang pertama kali seorang menjadi ibu.

“Perkara yang sering diabaikan ibu yang bekerjaya ialah penyusuan sempurna kepada bayi mereka. Bukan saja mempelajari teknik, malah pengetahuan mengenai pemakanan ibu juga penting bagi pengeluaran susu yang sihat.


“Masih ramai ibu muda dan ibu baru tidak tahu mengenai intonasi tangisan bayi yang mahukan susu atau sebaliknya, justeru, program ini mempunyai pengisian terbabit,” katanya.

Waba adalah satu rangkaian global yang terdiri daripada jalinan pelbagai organisasi dan individu penting yang bertungkus-lumus memperjuangkan hak penyusuan susu ibu di dunia di bawah polisi penyusuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Sehingga kini, 105 hospital kerajaan dan swasta di seluruh negara mengambil bahagian dalam pelbagai program WABA bagi memperkembangkan hak dan pengetahuan penyusuan bayi terutama kepada ibu yang sibuk dengan urusan kerja.

*ibu-ibu ,bakal ibu-ibu diluar sane..mari ye kite same² memartabatkan penyusuan susu ibu ini...*

No comments: